Saturday 9 June 2012

Maldives

Maldives
Lokasi- Kepulauan di Selatan di Laut Hindi Selatan-Tenggara India.  Menganjur dari hujung India hingga ke garisan Khatulistiwa.
Koordinat geografi:  300 km2 :darat  dan 300 km2 : laut.
Sempadan darat : tiada
Jajaran Pantai : 644 km
Keluasan laut: Dikira dari jaluran kepulauan.
Cuaca: Tropika : panas dan lembab
Bentuk mukabumi: Rata/Pamah dengan pantai pasir putih




Perniagaan di Maldives
Pelancongan adalah industri terbesar di Maldives di mana ia menyumbang 20% KDNK dan 60% dalam bentuk tukaran wang asing. 90% cukai pendapatan kerajaan dating dari duti import dan cukai berkaitan pelancongan. Perikanan adalah industri kedua terbesar. Pertanian dan pembuatan menyumbang sejumlah kecil ekonomi , dikekang oleh kekurangan tanah subur dan kekurangan buruh tempatan. Industri lain terdiri dari pembuatan pakaian, pmbinaan bot dan kraftangan yang menyumbang 18% KDNK. Dari 1900 buah pulau, Cuma 198 dihuni di Maldives. Populasi bertaburan di selruh Negara dan tumpuan utama ialah di Male.

Pembangunan tertumpu ke atas  industri pelancongan dan perkhidmatan berkaitannya, pengangkutan, pengedaran, hartanah dan pembinaan. Cukai dari industri pelancongan digunakan untuk memajukan teknologi sector pertanian.

 
Matawang
·       Maldivian rufiyaa(RF)
 organisasi perdagangan
·       WTO
KDNK
·       $817 juta (anggaran 2005 .)
Pertumbuhan KDNK
·       3.60% (2006 )
KDNK per capita
·       $2,483 (2005 .)
KDNK mengikut sektor
·       Pertanian(20%) industri (18%) perkhidmatan (62%) (2004.)
Inflasi (CPI)
·       5.6% (2005.)
Tenaga buruh
·       88,000
Industri utama
·       Pemprosesan ikan, pelancongan, pembinaan bot, pemprosesan kelapa, pakaian, tikar, tali, kraftangan, karang, perlombongan pasir.
Eksport
·       $123juta (2004.)
Rakan kongsi eksport utama
·       Thailand 30.6%, United Kingdom 13.8%, Sri Lanka 13.4%, Japan 13.3%, Algeria 5.8% (2005)
Barangan eksport
komoditi, ikan, pakaian
Import
·       $567 juta. (200.)
Rakan kongsi import utama
·       Singapore, India, Sri Lanka, Japan, Canada
Barangan import
·       komoditi, hasil petroleum, 2004kapal, makanan, kain, pakaian
Hutang awam
·       $316 juta (2004.)
Pendapatan
·       $265 juta (tidak termasuk geran luar negara)
Perbelanjaan
·       $362 juta; termasuk perbelanjaan modal $80 juta (2004 est.)

Kerajaan Maldives


Kesultanan
Dari awal, pemerintahan beraja, lelaki atau wanita memerintah Maldives. Namun tiada maklumat  tentang pemerintahan sebelum datangnya Islam pada 1153 selepas masihi. Dengan datangnya islam, sejak itu 84 sultan dan sultanah dari 6 dinasti telah memerintah Negara ini.

Republik
Satu referendum  perjanjian 1968 telah mengesahkan Maldives sebagai sebuah republic terdiri dari badan  eksekutif, perundangan dan kehakiman seba gai cabang kerajaan. Ia telah dipinda pada tahun 1970. 1972 dan 75 dan masih dalam kajian. Sebuah majlis terdiri dari 48 ahli berkhidmat untuk satu penggal ( 5 tahun ). 2 ahli dari setiap atoll dan Male diundi, 8 dilantik oleh presiden.

Sistem perundangan Maldives
Diambil hampir keseluruhan dari hudud, ia ditadbir oleh pegawai secular, ketua hakim dan hakim-hakim biasa untuk 19 atoll yang dilantik oleh presiden dan di bawah Kementerian Kehakiman. Seorang peguam Negara turut dilantik. Setiap pulau yang didiami dalam satu-satu atoll, seorang ketua dilantik  oleh presiden untuk menyelia pulau masing-masing. Beliau adalh seperti seorang pegawai daerah  dalam tradisi sitem pemerintahan British.



Cabang Kehakiman.
Mahkamah Tinggi
Parti politik
Maldives tiada parti politik walaupun mewujudkannya tidak diharamkan. Setiap calon bertanding atas tiket bebas dan kelayakan individu masing-masing.

Kemerdekaan
26 Julai 1965 dar United Kingdom

Pilihanraya
Presiden dicalon oleh Majlis dan kemudian mesti disahkan oleh referendum kebangsaan ( sekurang-kurangnya 51%) dan berkhidmat selama satu penggal ( 5 tahun )

Cabang perundangan
Majlis ( 50 kerusi, 42 diundi ,8 dilantik oleh presiden)

Pasaran





Pembangunan industri dan pembuatan di Maldives adalah bergantung kepada peluang mendapatkan pasaran utama dunia disebabkan oleh jumlah penduduk yang kecil dan kurangnya. Reformasi pentadbiran sedang dijalankan untuk terus mempromosi pelaburan industri dengan menjadikan polisi sedia ada lebih telus. Ini dijalankan dengan kajia oleh Akta Pelaburan Luar Negara dan memperkasakan fungsi  Biro perkhidmatan Pelaburan Luar Negara. Disebabkan oleh polisi  ekonomi lebih liberal dan pintu masuk ke pasaran Asia dan Eropah, pelabur luar mendapat manfaat dari pasaran sedia ada atau mencuba pasaran baru.

Cadangan Pelaburan
Pelabur luar dijanjikan dengan polisi yang telus. Undang-undang menjamin keselamatan pelaburan. Sektor swasta yang dinamik dan undang-undang pembangunan turut menyumbang kepada keadaan yang kondusif untuk perdagangan dan pelaburan. Maldives mempunyai sejarah plitik yang stabil hasil dari kebersatuan rakyat yang mempunyai satu agama, satu bahasa dan satu budaya. Oleh itu, ketidakstabilan politik boleh mengganggugugat aktiviti ekonomi tidak wujud di sini. Negeri ini juga syurga untuk cukai pendapatan dan  perniagaan. Sumber laut yang banyak dan buruh terlatih adalah punca kejayaan pelaburan di sini. Jumlah syarikat yang melabur di Maldives semakin bertambah. Pelaburan daripada pengurusan, perakaunan, penerbangan, pengurusan resort dan pembuatan. Maldives akan terus-terusan menarik perhatian dan mempromosi pelaburan asing. Antara penekanan yang di beri ialah :
  • Modal Intensif
  • Pemindahan teknologi
  • Kemahiran bau
  • Alam sekitar yang lestari


Peluang pelaburan adalah teriri daripada pelaburan berasaskan pelancongan  dan industri marin seperti pemprosesan ikan terumbu karang.
Sektor yang berpotensi ialah :
  • Perikanan
  • Kewangan
  • Sector pengangkutan
  • Infrastruktur

Dengan itu, biro perkhidmatan pelaburan Luar Negara mengalu-alukan pelaburan dalam bentuk pembangunan industri berasaskan marin, kemudahan awam dan lain-lain. Sektor perkhidmatan boleh lagi dimajukan dengan bantuan Negara luar terutamanya sector perbankan, perakaunan dan konsultan. Terdapat juga skop untuk pembangunan pulau untuk kediaman dan mana-mana pihak yang berminat boleh memohon dari FISB dan pulau akan disediakan untuk projek berkenaan. Selain itu, ada pembangunan berpotensi seperti akuakultur. Pelabur luar boleh memilih jenis perniagaan di Maldives :
  • Perkongsian rakan kongsi tempatan
  • Pelaburan luar Negara sepenuhnya

Dokumen untuk pelaburan di Maldives
- Panduan pelaburan luar Negara
- Undang-undang pelaburan  luar Negara
- Peraturan lessen perikanan di zon ekslusif
- Peraturan perniagaan tanpa duti Maldives

Undang-undang Perniagaan
-Undang-undang pelaburan luar Negara
- Akta Syarikat Maldives

Economi


Pelancongan
Kini Maldives telah Berjaya memasarkan keindahan alam sekitar semulajadinya. Pelancongan menyumbang 325 juta setahun ( 33% KDNK tahun 2000). Resort pertama dibina pada tahun 1972 dan sekarang sebanyak 84 resort  pulau telah dibangunkan dan menyediakan sebanyak 16,000 katil penginapan. Purata pelancong di Maldives ialah 8 hari ( $755).


Perikanan
Sektor ini memberi pekerjaan kepada 20% buruh dan menyumbang 10% KDNK. Penggunaan pukat adalah diharamkan. Kebanyakan ikan ialah ikan tuna dan 50% dieksport .  42 % ikan kering dan tin, 31% beku, 10% ikan segar menyumbang $40 juta pada tahun 2000. Kapal nelayan hanya terdiri dari 1140 bot ipanggil dhonis.

Pertanian
Tanah yang tidak subur membuatkan pertanian terhad hanya kepada tanaman seperti kelapa, pisang dan cili ( 6% KDNK).



Industri
7% KDNK
Terdiri dari industri tradisional seperti pembuatan bot dan kraftangan. Industri yang lebih moden adalah seperti pengetinan ikan, PVC dan makanan.

Isu alam sekitar
Perkara yang membimbangkan ialah kerosakan terumbu karang dan hidup[an laut disebabkan oleh perlombongan karang ( digunakan untuk pembinaan dan perhiasan ), perlombongan pasir dan pencemaran sis buangan. Perlombongan karang memusnahkan terumbu dan mendedahkan pulau-pulau kepada hakisan laut. Pada 1987, air pasang besar telah menyebabkan Male dan pulau-pulau berdekatan tenggelam. Ini menyedarkan orang-orang Maldives tentang perubahan cuaca dunia.

Hubungan luar Negara
Maldives mengamalkan polisi tidak bersekutu dan mengekalkan hubungan baik dengan semua Negara. Maldives juga anggota PBB.