Pelancongan
Kini Maldives telah Berjaya memasarkan keindahan alam
sekitar semulajadinya. Pelancongan menyumbang 325 juta setahun ( 33% KDNK tahun
2000). Resort pertama dibina pada tahun 1972 dan sekarang sebanyak
84 resort pulau telah dibangunkan dan
menyediakan sebanyak 16,000 katil penginapan. Purata pelancong di Maldives
ialah 8 hari ( $755).
Perikanan
Sektor ini memberi pekerjaan kepada 20% buruh dan menyumbang
10% KDNK. Penggunaan pukat adalah diharamkan. Kebanyakan ikan ialah ikan tuna
dan 50% dieksport . 42 % ikan kering dan
tin, 31% beku, 10% ikan segar menyumbang $40 juta pada tahun 2000. Kapal
nelayan hanya terdiri dari 1140 bot ipanggil dhonis.
Pertanian
Tanah yang tidak subur membuatkan pertanian terhad hanya
kepada tanaman seperti kelapa, pisang dan cili ( 6% KDNK).
Industri
7% KDNK
Terdiri dari industri tradisional seperti pembuatan bot dan
kraftangan. Industri yang lebih moden adalah seperti pengetinan ikan, PVC dan
makanan.
Isu alam sekitar
Perkara yang membimbangkan ialah kerosakan terumbu karang
dan hidup[an laut disebabkan oleh perlombongan karang ( digunakan untuk
pembinaan dan perhiasan ), perlombongan pasir dan pencemaran sis buangan.
Perlombongan karang memusnahkan terumbu dan mendedahkan pulau-pulau kepada
hakisan laut. Pada 1987, air pasang besar telah menyebabkan Male dan
pulau-pulau berdekatan tenggelam. Ini menyedarkan orang-orang Maldives tentang
perubahan cuaca dunia.
Hubungan luar Negara
No comments:
Post a Comment