Saturday 9 June 2012

Pasaran





Pembangunan industri dan pembuatan di Maldives adalah bergantung kepada peluang mendapatkan pasaran utama dunia disebabkan oleh jumlah penduduk yang kecil dan kurangnya. Reformasi pentadbiran sedang dijalankan untuk terus mempromosi pelaburan industri dengan menjadikan polisi sedia ada lebih telus. Ini dijalankan dengan kajia oleh Akta Pelaburan Luar Negara dan memperkasakan fungsi  Biro perkhidmatan Pelaburan Luar Negara. Disebabkan oleh polisi  ekonomi lebih liberal dan pintu masuk ke pasaran Asia dan Eropah, pelabur luar mendapat manfaat dari pasaran sedia ada atau mencuba pasaran baru.

Cadangan Pelaburan
Pelabur luar dijanjikan dengan polisi yang telus. Undang-undang menjamin keselamatan pelaburan. Sektor swasta yang dinamik dan undang-undang pembangunan turut menyumbang kepada keadaan yang kondusif untuk perdagangan dan pelaburan. Maldives mempunyai sejarah plitik yang stabil hasil dari kebersatuan rakyat yang mempunyai satu agama, satu bahasa dan satu budaya. Oleh itu, ketidakstabilan politik boleh mengganggugugat aktiviti ekonomi tidak wujud di sini. Negeri ini juga syurga untuk cukai pendapatan dan  perniagaan. Sumber laut yang banyak dan buruh terlatih adalah punca kejayaan pelaburan di sini. Jumlah syarikat yang melabur di Maldives semakin bertambah. Pelaburan daripada pengurusan, perakaunan, penerbangan, pengurusan resort dan pembuatan. Maldives akan terus-terusan menarik perhatian dan mempromosi pelaburan asing. Antara penekanan yang di beri ialah :
  • Modal Intensif
  • Pemindahan teknologi
  • Kemahiran bau
  • Alam sekitar yang lestari


Peluang pelaburan adalah teriri daripada pelaburan berasaskan pelancongan  dan industri marin seperti pemprosesan ikan terumbu karang.
Sektor yang berpotensi ialah :
  • Perikanan
  • Kewangan
  • Sector pengangkutan
  • Infrastruktur

Dengan itu, biro perkhidmatan pelaburan Luar Negara mengalu-alukan pelaburan dalam bentuk pembangunan industri berasaskan marin, kemudahan awam dan lain-lain. Sektor perkhidmatan boleh lagi dimajukan dengan bantuan Negara luar terutamanya sector perbankan, perakaunan dan konsultan. Terdapat juga skop untuk pembangunan pulau untuk kediaman dan mana-mana pihak yang berminat boleh memohon dari FISB dan pulau akan disediakan untuk projek berkenaan. Selain itu, ada pembangunan berpotensi seperti akuakultur. Pelabur luar boleh memilih jenis perniagaan di Maldives :
  • Perkongsian rakan kongsi tempatan
  • Pelaburan luar Negara sepenuhnya

Dokumen untuk pelaburan di Maldives
- Panduan pelaburan luar Negara
- Undang-undang pelaburan  luar Negara
- Peraturan lessen perikanan di zon ekslusif
- Peraturan perniagaan tanpa duti Maldives

Undang-undang Perniagaan
-Undang-undang pelaburan luar Negara
- Akta Syarikat Maldives

No comments:

Post a Comment